SEJARAH SEKOLAH


回顾华中校史点滴......







已故林先纯先生于1960215日创建了大厦私立中学(华中前身),借用位于马六甲古务街门牌145号的客属公会会所作为校舍。林氏创校的宗旨是接纳中辍学习、超龄和无法获得安置于政府全津贴学校的学子,让他们获得机会继续完成学业至中学三年级。

学校成立初期,由第一任校长林锦沙和两名教师领导校务,学生共40人,林先纯先生担任董事部第一任主席。

196112日,学校迁移至位于玛琳路门牌28号之处。该处占面积5.044英亩,原为稻田地,林先纯先生购下该地捐献予学校作为校地,校名易为“马六甲华文中学”。

1962115日,共九间教室和一间员工办事处的校舍建竣。同年,学校列入大马教育体系,接受改制为国民型中学,再次易名为“马六甲华文国民型中学”(简称“华中”)。

虽然华中规模小,但从创建迄今,值得引以为荣。林先纯先生不仅身为学校创办者,还在其有生之年一直担任董事会主席。林氏于1970年去世,校园内建有林氏纪念碑,以纪念其无以取代的功绩。

1971年,林寿昌先生获委任为董事部第二任主席(在任期1971-1974)
   
1974年,丹斯里张汉源到访学校,并为年度运动会主持开幕式。当时,由第二任校长林文景掌校(在任期1961-1978年)。

1978年,拿督梁维泮博士到访学校,见证董事部第四任主席拿督郑文尧(在任期1978-1993年)与第三任校长邓启鎏(在任期1978-1979年)率领董事部成员进行宣誓仪式。

在已故拿督郑文尧局绅的率领下,198014日,华中增建校舍工程竣工,其中共有四间教室,食堂、科学室与家政室各一间。同年,校方也备妥一块草场供学生运动使用。

1981年,北添宫拨款为学校建立篮球场。

1985518日,第三任校长陈殷庆(在任期1980-1990年)率领学校举办银禧纪念庆典,以欢庆25周年校庆。

198913日,学校增建一座校舍的工程竣工,其中共有三间教室。


1993年,学校迈入历史纪事之年。该年,在第四任校长陈圣华(在任期1991-1995年)的率领下,校刊创刊号《宇光》得以在创校三十年应时出版。此起始的创举,现今仍然是学校引以为荣之事。1994328日,拿督威拉颜文龙局绅为华中校刊创刊号《宇光93》推介礼主持开幕式。

1996年,学校举办越野义跑,以筹款提升学校的基本设备。

1999年,第七任校长黄心发(任期1999-2003年)开始掌校之时,校方开办一班中四文科班和两班中四人文学科班级。同年,校方亦增建拥有三间教室的一座校舍。

2000728日,在黄心发校长和董事部第六任主席拿督黄广胜局绅(任期1997-2003年)的筹划下,教育部副部长拿督韩春锦莅临学校,为兴建一座八间教室的双层楼校舍工程主持动土礼。


2001518日,甲州首席部长拿督莫哈末阿里到访学校,为华中校史纪录新的页章。

2002年,在黄心发校长的努力下,校方获得马六甲教育厅许可,开办首届中四理科班。

20049月,在第任校长吴亚发(任期2003-2006年)的率领下,学校在马六甲培德华小礼堂举办千人宴,以筹款维修校舍,同步增建新合作社、装置局部区域网络设备,并提升资料中心的设备。此盛会由马六甲鲁容区州议员拿督颜天禄主持开幕式。

200681日,华中迎来第九任校长郑温健(任期2006-2009年)。郑校长秉持其宏志与动力,为学校订立宏愿与使命导向口号“华中能,华中一定能”,办学教育宗旨以德、智、体、群、美五个价值作为准则。郑校长的贡献永铭于华中成员心中,华中迄今仍然遵照实行其教育理念。此外,马六甲市国议员王乃志和马六甲州行政议员拿督古乃光亦莅临学校主持相关开幕式之时。郑校长适时将A座双层校舍命名为行政楼。

2007年,郑温健校长订立华中教育哲理。同年,社会群众给予关怀,资助学校设置了一处休闲公园,以美化校园。

2008222日,在郑校长和董事部第七任主席拿督威拉颜文龙局绅(任期2004年迄今)的率领下,学校展开筹划一项大型工程,以建立一所多用途礼堂。

201011日,李志全校长取代郑温健校长退休后的空缺,担任华中第十任校长(任期2010-2014年)。


201138日,董事部主席拿督颜文龙局绅主持动土礼,以兴建多用途礼堂和两座共容纳六间教室的双层楼校舍。同年38日,董事部署理主席康秀春把位于学校旁边的一块屋地献给学校,供应兴建新教室所需,展现其热爱母校和华文教育的精神。

2011915日,学校举办千人宴,以欢庆大型建筑工程竣工,同步应合文龙大礼堂启用开幕式,拿督蔡细历应邀出席此盛会。

同年116日,马六甲中华大会堂妇女组、华中家教协会和华中校友会联办一场嘉年华义卖会,甲州首席部长莫哈末阿里亲临主持开幕式。

2012 113日,家教协会举办马拉松义跑,以筹募家协活动基金。

2013年,学校展开工程以设置一块额外草场(1英亩面积),工程如期完成,该草场使用为学校年度运动会场地。

2014630日,李志全校长调任至圣芳济国中,鍾丽珍第二副校长升任为华中第十一任校长。鍾校长为华中第一位女校长。

随着学生人数的逐年增加,校方面临教室不敷使用的问题。此外,校方深感有需要装置基础设备,同步建立符合21世纪教学的教室,以应合大马教育大蓝图体系之下的教学奏效需求。为此,董事部主席拿督威拉颜文龙与其工委决议筹划工程,为学校篮球场加盖,并兴建三层楼校舍。

为即将展开的上述大型工程,学校于2015825日在建筑地点举行了动土礼,拿督威拉颜文龙、家教协会主席准拿督刘爱华、校友会主席康秀春女士和鍾丽珍校长共同参与此活动,完成盛举。

2016731日,学校通过“十大义演”筹募扩建三层楼新校舍建筑工程费用,获得各界鼎力支持,筹获751823令吉。


这座崭新的三层教学大楼,其中包括23间教室、两间科学实验室、两间精明电脑室和一间可容纳200人之冷气讲堂。这一项耗资150万之大工程于20161月动工,并于短短的一年内顺利完成,惠及莘莘学子。

20171025日,本校为竣工之三层教学楼举行盛大的开幕典礼,开幕嘉宾包括了本校董事长拿督威拉颜文龙局绅博士、建委会主席拿督威拉颜天禄、本校董事拿督斯里孙殿赐局绅、李氏基金代表南益集团马来西亚分栈事务总经理李庭川先生、董事会署理主席康秀春女士、家教协会主席准拿督刘爱华局绅、校友会主席彭金胜先生、锺丽珍校长以及所有认捐教室之善长仁翁,可谓冠盖云集。开幕典礼在准拿督刘爱华局绅的鼓声带领下,顺利完成。

马六甲华文国民型中学乃已故林先纯先生于1960创办,其功劳之大,不必赘言。其子嗣林成波先生造访本校,获得锺丽珍校长热情款待。林先生为学校之迅速发展,深感欣慰,而后在林先纯纪念碑前与锺丽珍校长留影。

           整理、编辑:成立才、萧燕妮


Sejarah Sekolah ......

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Cina Melaka (STCM) telah ditubuhkan oleh Encik Lim Sian Soon pada 15 Februari 1960.


Pada asasnya, sekolah ini merupakan sebuah sekolah persendirian yang dinamakan "Tai Shiar Secondary School" dan bertempat di sebuah bangunan yang dipinjamkan oleh "Hakka Community Association" di No. 145, Jalan Kubu, Melaka.

Tujuan asal penubuhan sekolah ini ialah untuk menampung pelajar-pelajar yang tercicir, lanjut umur dan gagal ditempatkan di sekolah-sekolah bantuan penuh agar diberi peluang semula untuk menyambung pelajaran mereka hingga ke tingkatan tiga.

Sekolah ini bermula dengan 40 pelajar di bawah pimpinan pengetua sekolah yang pertama, Encik Lim Kim Sua bersama dua orang guru dan Encik Lim Sian Soon,  sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah yang pertama.


Pada 2 Januari 1961, sekolah ini telah dipindah ke tapak sekarang iaitu No. 28, Jalan Malim, Melaka. Tanah tapak seluas 5.044 ekar  ini merupakan sebidang sawah padi yang telah dibeli oleh Encik Lim Sian Soon untuk didermakan kepada sekolah ini. Sekolah ini kemudian ditukar namanya kepada "Malacca Chinese High School".
             Pada 15 Januari 1962, sebuah bangunan yang mengandungi 9 buah bilik darjah dan sebuah bilik pekerja telah siap dibina. Pada tahun ini juga sekolah ini telah mengikut Sistem Pendidikan Negara dan menjadi sekolah bantuan modal dengan nama barunya, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Cina Melaka.



  
Walaupun sekolah ini kecil tetapi kewujudannya boleh dibanggakan sehingga kini. Encik Lim Sian Soon bukan sahaja merupakan pengasas sekolah ini. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1970. Bagi mengenang jasa beliau yang tidak terhingga, sebuah tugu peringatan telah didirikan di sekolah ini.

Pada tahun 1971, Encik Lim Siew Chong telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah yang ke-2 (1971 -1974).

Pada tahun 1974, Yang Berhormat Tan Sri Chong Hon Nyan telah melawat ke sekolah ini untuk merasmikan Temasya Sukan Sekolah Tahunan. Ketika itu sekolah ini di bawah pimpinan Encik Lim Boon King, Pengetua Sekolah yang ke-2 (1961-1978).

Pada tahun 1978, Yang Berhormat Datuk Neo Yee Pen telah melawat ke sekolah ini dan menyaksikan upacara mengambil ikrar oleh Jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah di bawah pimpinan Datuk Tey Boon Giow,  Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah yang ke-4 (1978 - 1993) dan Encik Tang Kai Low, Pengetua Sekolah yang ke-3 (1978 -1979).


Dibawah pimpinan Datuk Tey Boon Giow, sebuah bangunan tambahan yang mengandungi sebuah makmal Sains, sebuah bilik ERT, empat buah bilik darjah dan sebuah kantin telah siap dibina pada 4 Januari 1980. Pada tahun ini juga sebuah padang telah disiapkan untuk kegunaan pelajar sekolah ini.


Pada tahun 1981, AJK  Tokong  Pak Tieng Kong telah memberi sumbangan bagi membina sebuah gelanggang bola keranjang.

Pada 18 Mei 1985, sambutan majlis Jubli Perak telah diadakan untuk meraikan sekolah ini 25 tahun dibawah pimpinan pengetua sekolah yang ke-3 iaitu Encik Tan Hoon Kheng (1980-1990).

Pada 3 Januari 1989, sebuah lagi bangunan tambahan yang terdiri daripada 3 buah bilik darjah telah siap dibina.

Tahun 1993, telah menjadi tahun bersejarah bagi SMJK Tinggi Cina Melaka dibawah pimpinan pengetua ekolah yang ke-4 iaitu Encik Chen Sheng Hua (1991–1995) kerana pada tahun inilah sekolah ini berjaya menerbitkan majalah sulung yang dinamakan "QUASAR" selepas 30 tahun sekolah ini wujud. Penerbitan majalah ini merupakan satu usaha yang murni dan dibanggakan sehingga kini. Pada 28 Mac 1994, YB Datuk Wira Gan Boon Leong telah merasmikan Pelancaran Majalah Sulung STCM yang dinamakan QUASAR ’93.



Pada tahun 1996, sekolah telah menganjurkan merentas desa untuk mengutip dana untuk tujuan penambahbaikan infrastruktur sekolah.

             Pada tahun 1999, dibawah pimpinan Encik Wong Tin Fatt, Pengetua Sekolah yang ke-7 (1999-2003), kelas tingkatan empat telah dimulakan dengan satu kelas aliran sastera ikhtisas dan dua kelas aliran sastera kemanusiaan. Pada tahun yang sama satu bangunan baru dengan 3 buah bilik darjah telah dibina.

Pada 28 Julai  2000, dibawah pimpinan Encik Wong Tin Fatt dan Datuk Wong Akau, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah yang ke-6 (1997-2003) satu majlis pecah tanah oleh Timbalan Menteri Pendidikan Dato’ Han Choon Kim telah berlangsung di tapak pembinaan yang bertujuan untuk membina blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 8 buah bilik darjah.

18 Mei 2001, tarikh ini mencatat sejarah kerana YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, selaku Ketua Menteri Melaka telah melawat sekolah ini.

Pada tahun 2002, melalui usaha Encik Wong Tin Fatt, pihak sekolah telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Melaka untuk memulakan kelas aliran sains tingkatan empat.

Pada 24 September 2004, dibawah pimpinan Encik Goh Ah Nam, Pengetua Sekolah yang ke-8 (2003-2006) satu jamuan makan amal telah diadakan di Dewan SJKC Pay Teck Melaka untuk mengutip derma bagi tujuan membiayai kos membaikpulih bangunan sekolah yang kian usang dan juga untuk membiayai projek pembinaan kedai Koperasi STCM yang baru, pemasangan LAN (Local Area Network) dan menambahbaik Pusat Sumber Sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Encik Gan Tian Loo selaku ADUN Kawasan Duyung.

Pada 1 Ogos 2006, Encik Teh Oh Kian telah dilantik sebagai Pengetua Sekolah yang ke-9 (2006-2009). Sebagai pengetua yang berwawasan dan dinamik, beliau telah mengambil langkah menetapkan Visi, Misi, Rukun Guru STCM serta Piagam Pelanggan Sekolah. Beliau juga yang telah menetapkan slogan sekolah “BERILTIZAM UNTUK KECEMERLANGAN” dan Matlamat Pendidikan Sekolah yang memberi penekanan kepada lima nilai murni iaitu ‘berakhlak, intelektual, jasmani, kemasyarakatan dan kerohanian’. Sumbangan beliau amat dihargai dan telah menjadi amalan warga STCM sehingga kini.

Encik Teh Oh Kian juga telah menamakan bangunan 2 tingkat (Blok A) sebagai Bangunan Pentadbiran STCM dalam satu majlis perasmian yang dirasmikan oleh YB Encik Wong Nai Chee (Ahli Parlimen Kota Melaka) dan YB Encik Koh Nai Kwang (Ahli Exco Kerajaan Negeri Melaka).

Pada tahun 2007, beliau telah menetapkan Falsafah Pendidikan Sekolah. Pada tahun yang sama, hasil daripada keprihatinan dan sumbangan ikhlas orang awam satu taman rekreasi telah diwujudkan untuk menceriakan kawasan sekolah.

Pada 22 Februari 2008, di bawah pimpinan Encik Teh Oh Kian dan Datuk Wira Gan Boon Leong, selaku Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah yang ke-7 (2004 hingga kini) satu projek mega iaitu membina sebuah dewan serbaguna untuk sekolah ini telah dilancarkan.

Pada 1 Januari 2010, Encik Lee Chee Choon telah dilantik sebagai pengetua sekolah yang ke-10 (2010-2014) menggantikan Encik Teh Oh Kian yang telah bersara.

Pada 8 Mac 2011, satu upacara pecah tanah oleh Pengerusi LPS, Datuk Wira Gan Boon Leong untuk membina dewan serbaguna dan 2 blok bangunan dua tingkat yang berasingan yang mengandungi 6 bilik darjah telah berlangsung di tapak pembinaan. Pada hari yang sama, Pengerusi Persatuan Murid-Murid Tua, Puan Khang Siew Choon telah mewakafkan sebuah tapak rumah lama beliau kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan beliau kepada  sekolah.

Pada 9 September 2011, Dewan Serbaguna Sekolah siap dibina dan dinamakan Dewan Boon Leong.

Pada 15 September 2011, satu majlis makan malam amal telah diadakan sempena merasmikan Dewan Boon Leong yang merupakan satu projek mega STCM. Tetamu kehormat yang turut dijemput ialah YB Datuk Seri Chua Soi Lek.

Pada 6 November 2011, satu Pesta Karnival Jualan Amal STCM anjuran Bahagian Wanita Dewan Perhimpunan Cina Melaka bersama PIBG dan Persatuan Bekas Pelajar STCM telah diadakan. YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, selaku Ketua Menteri Melaka telah merasmikan karnival tersebut.

Pada 3 November 2012, PIBG sekolah telah menganjurkan larian Parenthon untuk menambah dana PIBG sekolah.

Pada tahun 2013, kerja pembinaan sebuah padang sekolah tambahan seluas satu ekar telah bermula. Padang itu telah siap dan kini digunakan untuk acara Sukan Tahunan Sekolah.

Pada 30 Jun 2014, Puan Cheong Lee Chin telah dilantik sebagai Pengetua Sekolah yang ke -11, menggantikan Encik Lee Chee Choon yang telah berpindah ke SMK St. Francis Melaka. Puan Cheong Lee Chin merupakan pengetua wanita yang pertama di STCM.

Enrolmen pelajar kian bertambah setiap tahun , demi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah dan juga menyediakan infrastruktur sekolah untuk menyokong dan mencapai hasrat PPPM khususnya keperluan bilik darjah abad ke-21, Datuk Wira Gan Boon Leong selaku Pengerusi Lembaga Sekolah dan AJKnya telah mengambil langkah melancarkan satu lagi projek mega di STCM iaitu pembinaan bumbung gelanggang bola keranjang dan bangunan 3 tingkat.

Pada 25 Ogos 2015, satu upacara pecah tanah untuk projek mega ini telah dilaksanakan  di tapak pembinaan. Upacara ini telah disempurnakan oleh Datuk Wira Gan Boon Leong bersama Encik Lau I Hua, Pengerusi PIBG, Puan Khang Siew Choon, Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar dan Puan Cheong Lee Chin, Pengetua Sekolah.

Pada 31 Julai 2016, satu konsert amal “Top Ten Charity Concert” telah diadakan untuk mengutip dana bagi tujuan membiayai kos pembinaan bangunan 3 tingkat. Jumlah kutipan dana yang diterima oleh sekolah ialah sebanyak RM 751,823.00.

Bangunan baru 3 tingkat ini terdiri daripada 23 buah bilik darjah, 2 buah makmal sains, 2 buah makmal komputer dan sebuah auditorium. Sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membina bangunan baru 3 tingkat ini.  Ia memakan masa hanya 1 tahun untuk disempurnakan dan mula diguna pakai pada sesi persekolahan tahun 2017.  

Pada 25 Oktober 2017, satu upacara perasmian bangunan baru 3 tingkat telah diadakan.  Upacara perasmian ini telah disempurnakan oleh Datuk Wira Dr. Gan Boon Leong Pengerusi LPS, Datuk Wira Dr. Gan Tian Loo Pengerusi AJK Pembangunan Sekolah, Datuk Sri Soon Tian Szu Ahli LPS,  En. Lee Teng Chuan Wakil Lee Foundation Pengurus Besar Lee Rubber Group Cawangan Malaysia, Puan Khang Siew Choon Timbalan Pengerusi LPS, En. Lau I Hua Pengerusi PIBG, En Pang Kim Shin Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar, Puan Cheong Lee Chin Pengetua STCM dan semua penyumbang dana.


Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Cina Melaka telah didirikan oleh mendiang En. Lim Sian Soon pada tahun 1960.  Jasanya tak terhingga.  Anaknya En. Lim Seng Poh telah melawat sekolah dan berasa sangat gembira melihat perkembangan sekolah yang begitu pesat.  


Dikemaskini oleh :  Seng Lup Chui dan Seow Yen Ni














Tiada ulasan:

Catat Ulasan