Di bawah projek
1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran,
pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE, yang
boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan
Internet.
Faedah bagi :
- GURU
Frog
adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke
satu tahap baru. Beri tugasan dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan
sumber pengajaran, beri maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk
menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda
dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang membolehkan anda melihat,
membuat, menyertai atau memasukkan acara.
- PELAJAR
Maksimumkan masa dan mulalah merancang dengan kalendar, buatlah
kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua, peribadikan
laman utama anda, muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan
berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda dengan rakan sekelas atau guru
melalui forum.
- IBU BAPA
Ikuti perkembangan acara
sekolah, laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan
notis sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman
Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain
mengikut keselesaan anda.
PEMBUDAYAAN
PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) 1BESTARINET DI SEKOLAH
Majlis Pelancaran
Frog VLE - dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, En Lau I Hua
Latihan dalaman
penggunaan telefon pintar Altitude untuk mengakses Frog VLE kepada guru-guru
Guru mengintegrasikan
Frog VLE dalam PdPc
Guru menjalankan kuiz
sempena Program 3K.
Pelajar menjawab kuiz
Patriotisme sempena Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan melalui Frog VLE
Pendedahan Frog Play
dalam platform Frog VLE di kalangan pelajar untuk menarik minat pelajar dalam
proses Pdpc
Pertandingan
Dashboard Peribadi Pelajar dalam Frog VLE
Penyampaian hadiah
kepada pemenang Pertandingan Mereka Dashboard Peribadi Pelajar dalam Frog VLE
Majlis penyampaian
anugerah Frog VLE kepada pelajar dan guru pada akhir tahun 2017
Pelaksanaan Kempen Hour of Code melalui Frog VLE dan
pelajar menghantar e-sijil melalui Google Drive
Tiada ulasan:
Catat Ulasan